Make your own free website on Tripod.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

  2001  

 

Roh Detik Dan Wasilah Terus Menganggu
Oleh
Ahmad Lutfi Othman

Selepas majalah pro-reformasi yang diterbitkan dua kali sebulan, Detik, diharamkan, semangat saya untuk terus berkarya tiba-tiba pudar. Dari segi ini, KDN berjaya mengendurkan iltizam saya terutama bila mengenangkan hutang ratusan ribu ringgit yang terpaksa ditanggung.

Bantahan ISA tidak memadai!
Oleh Wartawan Kami

Selepas penangkapan borong Anwar Ibrahim dan pejuang reformasi, pada September 1998, pemerintah nampak berhati-hati untuk menggunakan ISA. Tekanan dan bantahan rakyat memuncak ketika itu, yang mencetuskan Gerak dan kemudiannya Barisan Alternatif. Kefahaman tentang isu-isu hak asasi manusia yang selama ini tidak dipedulikan kian meningkat di kalangan masyarakat awam.

ISA digunakan untuk menang p/raya Sarawak
Oleh Ummu Natasya

BARISAN Nasional (BN) terketar-ketar kerana uzur. Disebabkan keuzuran itu, maka BN meminta pihak polis menahan beberapa pemimpin parti pembangkang, seperti Mohamad Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Lokman Nor Adam dan lain-lain lagi supaya ditahan di bawah ISA.

 

Dr. Mahathir Vs Daim:Siapa masuk penjara ?
Oleh Ummu Natasya

PERTEMBUNGAN dua kuasa besar dalam Umno akan menyaksikan sekali lagi perpecahan yang tidak dapat disangkal. Percutian Daim Zainuddin tetapi masih ke pejabat dan masih mahu menghadiri persidangan di luar negara penuh dengan tanda tanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat menyembunyikan keresahannya dengan menyindir Daim dengan kata-kata “orang terlalu kaya” tidak perlu bertanding dalam Umno.

 

Komputer Dr Badrul dirampas, polis cari 'sasaran' baru 

 

Komputer, video cakera padat, diari dan resit derma pemimpin Parti Keadilan Nasional Dr Badrul Amin Baharom dirampas polis ketika rumahnya diserbu sebelum beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal pagi tadi

 

Arkib....

 

POLITIK

Muslihat Mahathir Ke Gua Musang

Oleh ROZAID RAHMAN

Tiada siapa dapat menafikan, permainan politik  Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja penuh dengan elemen-elemen mengejutkan tetapi pada kebanyakan masa tidak boleh dibaca oleh lawannya atau pun para pemerhati politik tanah air.

FOKUS

Sedia untuk terus ditahan,dipenjara.

Bicara terbuka Ezam Mohd Noor tentang komitmennya menetang rasuah dan penyalahgunaan kuasa

Oleh Zakiah Koya

 Anak didik Anwar Ibrahim, Ketua Pemuda keADILan, Mohamad Ezam Mohd Noor nampaknya telah semakin dewasa – dalam politik tentunya. Dan menurut Ezam, penahanan selama lapan hari dalam lokap polis baru lalu dan 14 tuduhan kini sedang menunggunya di mahkamah, adalah antara pengalaman yang telah mematangkannya.

 

PANDANGAN

Cina Semakin mendekati PAS

Oleh Wong Chun Wai

Ikuti pandangan wartawan kanan The Star yang sentiasa mengingatkan pemimpin Umno dan BN tentang pendekatan baru PAS yang memikat hati pengundi Cina, dan boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa

KAMI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA

BEBASKAN SEGERA LAPAN TAHANAN ISA!

DAN

HAPUSKAN AKTA ISA !

 

BEBASKAN MEDIA!

DAN

HAPUSKAN  AKTA MESIN CETAK !

 

Sila emailkan pandangan,kritikan serta apa jua idea anda kepada saya melalui email :-
pemuda99@yahoo.com
Tulis Buku Pelawat    Baca Buku Pelawat

OX Free Counter
OX Free Counter