PANDANGAN

Cina Semakin mendekati PAS

Oleh Wong Chun Wai

Ikuti pandangan wartawan kanan The Star yang sentiasa mengingatkan pemimpin Umno dan BN tentang pendekatan baru PAS yang memikat hati pengundi Cina, dan boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa

Pertama, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melawat ladang ternakan babi yang terbiar di Negeri Sembilan. Kemudian, Presiden PAS Datuk Fadzil Noor makan tengahari di sebuah kuil selepas melawat SRK (C) Damansara di Petaling Jaya.

Pemimpin PAS nampaknya begitu yakin orang Melayu akan terus menyokong parti itu lalu kini mereka beralih dan berusaha memenangi hati orang Cina pula.

Pemimpin-pemimpin parti Islam itu faham bahawa sokongan orang Cina adalah sangat penting jika mereka ingin menimpakan kecederaan yang lebih parah pada Barisan Nasional.

Minggu lepas, Nik Aziz bertemu penternak babi di Bukit Pelanduk dan mereka telah meminta Nik Aziz membawa masalah mereka ke Majlis Menteri-Menteri Besar.

Fadzil pula mengetuai 28 orang Ahli Parlimen ke SRK(C) Damansara sebelum menemui pelajar yang masih belajar di kawasan sekolah lama itu.

PAS juga telah memungut lebih 2,000 tandatangan orang Melayu melalui ceramah yang diadakan untuk menyokong tindakan menyelamatkan sekolah Cina itu.

Dalam pilihan raya 1999, pengundi-pengundi Cina, dek kerana bimbang dan takut kepada ‘Negara Islam’, memberikan sokongan mereka kepada BN. Kemenangan calon Umno sebahagian besarnya disebabkan sokongan orang Cina. Akan tetapi, berdasarkan sentimen semasa, pilihan raya akan datang, yang dijadualkan pada 2004, akan menjadi lebih sukar bagi Umno dan BN.

Dalam pilihan raya